BAB 16: YA IDHOFAH
9:49 AM Edit This 0 Comments »M101088719
Abu Jaafar akan menghidupkan (membariskan) huruf Ya Idofah (ى ) yang sukun apabila bertemu dengan huruf hamzah Qato’ (ء ) sama ada :
1) Huruf hamzah (ء ) tersebut berbaris di atas :
إني أعلم Abu Jaafar akan menbaca dengan fathah
2) Huruf hamzah ( ء ) tersebut berbaris di bawah:
إن كنتم بناتيAbu Jaafar akan menbaca dengan fathah
3) Huruf hamzah ( ء ) tersebut berbarisdepan :
إني أعيذهاAbu Jaafar akan membaca degan fathah
Dalam bab Ya’ Idofah ( الياءات الإضافة ) , Imam Yaakub akan membaca seperti riwayat Hafs iaitu disukunkan tidak seperti riwayat Abu Amru yang membariskan sama ada huruf hamzah Qato’ tersebut berbaris atas,bawah,atau depan.
Contoh :
( إني أعلم) ( إن بناتي) ( إني أعيذها)
Yaakub membaca fathah ya’ idofah yang selepasnya lam ta’rif
Contohnya:
ربى الذى يحيى ,عهدى الظلمين) Yaakub membaca sukun Ya’ idofah yang selepasnya lam ta’rif jika ya’ itu isim munada
Contohnya:
يعبادي الذين ءامنو pada surah al-ankabut
يعبادي الذين اسرفوا pada surah zumar
Ruh membaca dengan menhazaf Ya’ idofah pada kalimah:
عبادي لا خوف pada suruh az-zukhruf
Ruh membaca dengan fathah Ya’ idofah pada kalimah:
إن قومى اتخذواpada surah Al-furqan
Ruwais dan kholaf membaca dengan fathah Ya’ idofah pada kalimah:
قل لعبادى الذين ءامنوا)) pada surah Ibrahim
Kholaf membaca fathah Ya’ idofah pada kalimah:
ربي الذي يحى ويميت)) surah Al-Baqarah
حرم ربى الفوحش)) surah Al-A’raf
عبادى الصلحون)) surah Ibrahim
عبادى الشكور)) surah Ibrahim
قل لعبادى الذين ءامنوا)) surah Ibrahim
0 comments:
Post a Comment